Wednesday, 18 July 2012

Mimpi

Kawan ku bercerita mengenai mimpi.
Dalam mimpi
Kawan ku dalam koma
Entah mengapa dan kenapa
Terlantar di wad buat sekian lama.

Kekasih lama
Ditinggalkan kerana taat setia pada " si dia."
Hadir setiap hari
Melawat tanpa jemu
Bersama kuntuman ros merah
Semangat juang untuk sedar diri.

Kekasih lama
Tika dulu,
Di herdik, di cerca...

Tapi Dia Maha Kuasa
Cinta Kekasih Lama tidak pernah pudar..


Entahlah...aku bukan pentafsir mimpi

Sunday, 15 July 2012

Isteri curang cari keyakinan diri

Jadikan kisah hitam sempadan kebal lindungi diri supaya tidak terjerumus lagi

Soalan:
SAYA berusia 34 tahun dan bekerja di sektor swasta. Sudah berumahtangga dan suami saya seorang yang baik. Saya dikurniakan seorang anak, berusia 6 tahun
Dua tahun lalu, saya mendapat ketua baru yang peramah dan mesra dengan semua kakitangan. Mudah bekerja dengannya dan terdetik di hati, saya menyukai sifatnya.

September 2008, satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran terjadi. Hubungan saya dengannya bukan lagi sebagai seorang pekerja dengan majikan tetapi terus menjadi kekasih. Kami terus bercinta walaupun saya tahu dia sudah berkeluarga.

Sepanjang percintaan kami, saya dapati dia begitu menyayangi saya tetapi kami tidak pernah abaikan keluarga masing-masing. Hubungan kami tidak dapat dihidu oleh sesiapa di pejabat. Kami bertindak profesional.

Oktober 2008, isterinya ternampak SMS yang dihantar suaminya kepada saya. Ketika itu isterinya mahu berjumpa saya di pejabat tetapi suaminya melarang dan kami sekadar bercakap di telefon. Saya mohon maaf pada isterinya dan berjanji tidak melakukannya lagi

Ketika itu saya memberi cadangan pada suaminya untuk menukarkan saya ke jabatan lain supaya isterinya yakin kami tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi. Namun, kekasih saya tidak setuju sebab mahu teruskan hubungan sehinggakan kami terlanjur beberapa kali.

November 2008, suami saya pula dapat menghidu perhubungan kami. Namun, suami menegur dengan cara berhemah. Dia memberi nasihat dan mengharapkan saya dapat membataskan perhubungan dengan ketua saya. Sejak itu hubungan saya dengan lelaki itu hanya di pejabat saja. Jika ada kesempatan dan peluang saya atau dia akan telefon.

Disember 2008 hubungan kami putus apabila isterinya dapat menghidu hubungan kami. Isterinya datang ke pejabat dan memarahi, menghina, mengeji dan mencerca saya. Saya hanya berdiam diri. Saya diarahkan bersumpah supaya tidak menjalin hubungan dengan suaminya lagi dan saya turuti.

Jika ditanya mengenai lelaki itu, saya dapat berasakan dia teramat menyayangi saya. Namun, disebabkan banyak halangan, kami harus merelakan semua ini berlaku.

Saya melakukan solat taubat dan menyesal atas keterlanjuran. Saya bukan seorang yang mudah terpedaya dengan pujian lelaki. Saya tidak pernah melakukan hubungan seperti ini sebelum ini. Saya pernah terfikir bagaimana boleh terjebak dalam perhubungan ini sedangkan selama ini saya begitu menjaga rumah tangga.

Ketika ini saya ingin mengembalikan keyakinan diri dan mencari semangat untuk meneruskan kehidupan. Setiap hari selesai solat saya akan memanjatkan doa kepada Allah supaya diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan dan cabaran daripada-Nya serta keluarga saya kekal bahagia ke akhir hayat.

Nikis

Jawapan:
Nikis yang sedang bertaubat, terima kasih sudi berkongsi kisah hidup yang pendek tapi memilukan dan memalukan. Syukur anda sudah menemui noktah menamatkan episod hitam ini, tapi ini bukan bermakna anda terlepas daripada jerat sepenuhnya, kerana kancil boleh lupakan jerat tapi jerat tidak pernah lupakan mangsanya.

Jadikan kisah hitam ini sempadan kebal untuk melindungi diri supaya tidak terjerumus lagi dan belajar mohon kemaafan daripada isteri ketua anda dan suami anda. Mudah-mudahan dengan kemaafan itu anda berasa lebih tenang menjalani hidup. Pada saya anda masih bertuah kerana ada suami yang baik, yang tidak sewajarnya anda curang dengannya dan selepas mendapati anda sedemikian masih menerima anda seadanya.

Belajarlah menghormati suami anugerah Allah dan jangan sekali-kali membelakangkan dia atau bermain kayu tiga atas alasan apa pun. Banyaklah bersyukur kepada Allah kerana rasa takut sudah diangkat, cubaan sudah berlalu, dosa harapnya akan terampun melalui taubat nasuha anda dan kasih yang diketepikan sudah dinikmati kembali dan kemaksiatan sudah ditutup dengan taubat.

Berdoalah supaya rezeki yang anda peroleh bercampur gaul dengan dosa zina di tempat kerja tidak kekal dalam darah dan dan menjadi penyakit dalam jiwa. Untuk itu banyaklah membaca dan memahami al-Quran kerana itulah tali yang menandakan kita bertuhan dan bernabi.

Membaca juga dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan, selainnya akan menghindarkan anda daripada tenggelam dalam hal-hal yang batil. Serta dapat mengembangkan akal. Mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani. Cintailah Allah dengan mencintai al-Quran.

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT
Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat? Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.
Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadan Bayangkan, terlepas derjat dan pangkat di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Sedangkan manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat di sisi manusia sesama manusia.
Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.
Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini: Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka. Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Lut, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah SWT kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh.
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad SAW. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu. Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)
Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”
Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui di Ramadan yang mulia ini, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

Isteri Curang, Perlu Berterus Terang dan Minta Maaf?

Soalan diterima melalui emel pada 22 Januari 09.

Assalamualaikhum ustaz....
Saya slalu membaca ustaz punya blog selepas saya terbaca address di suratkhabar....
Terlintas hati ini untuk emel ustaz bila ustaz tulis article pasal "terlanjur"
Di sini saya ada satu soalan...
Terus terang saya ckp... saya telah terlanjur....
Saya seorang isteri dan punyai ______ anak_______....ada seorang suami...
Suami saya dah _____ tahun tak berkerja selepas d berhentikan kerja...recession
semenjak dari situ...saya banyak bersabar dgn kerenah nye... yang malas nak cari kerja...ego nye terlalu tingi...
dah lah tak kerja atleast bantu lah saya buat kerja rumah.. tapi ini tidak...
saya mula rasa tertekan bila semue perkara, saya yg harus urus kan....
baik dari kebajikan anak2... urusan rumah tangga .. .dan makan pakai....
di pendek kan crita..... saya rapat dgn boss saya (_____________________)...
sedikit sebanyak saya ada crita kan masaalah pada nye....
dan dari situ... kita mula rapat... bukan hanya sebagai superior dan staff... tapi lebih dari itu....malu kira nye bila saya ckp... saya telah beberapa kali melaku kan perbuatan terkutuk dgn boss saya.....
bila ingat2 kan balekk.... saya tahu.. saya telah melaku kan dosa besar....,, menduakan suami saya.....terlanjur.. dan selalu menipu....pada suami saya...
saya mula sedar......
saya ingin bertaubat.... saya telah cuba menjauh kan diri saya dari boss saya... tapi untuk berhenti kerja itu adalah perkara mustahil....sbb dgn keadaan sekarang yg sukar dapat keja dan suami saya tak berkeja sampai sekarang....
tapi alhamdullilah... saya sudah mula jauh kan diri dari boss saya... saya sudah tak peduli kan ajakan2 dia lagi.. bila ingin kluar makan malam dgn saya....
akan tetapi... saya tetap rasa berdosa dgn suami saya dan jugak anak2 saya......
pernah jugak saya ingin berterus terang duduk perkara sebenar... tapi d tegah oleh kawan baik saya.... dia kata... dosa saya tetap dosa.. tapi jgn sesekali... terus terang dgn suami.. takot lain jadi nye... mungkin suami ambil tindakan drastic....eg.. menceraikan saya...
tapi ustaz... saya penah kasi hint dgn suami bila kami bersembang2..... suami saya slalu berkata... apa2 perkara terjadi di dunia bukan kehendak kita... tapi gerakkan tuhan....
dan penah saya kemukakan... "walaupun seorang isteri terlanjur dgn orang lain?""... suami saya kata... tu gerakkan tuhan... hmmmmm...
saya binggung ustaz...
tolong saya ustaz... adakah saya harus terus terang dgn suami saya.. ataupun berdiam diri sahaja....
terima kasih...
p/s... byk perkara saya nak mintak nasihat dari ustaz... tapi satu2 dulu lah....
sekian....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Waalaikumsalam.

Terima kasih kerana sering membaca blog saya, semoga sentiasa bermanfaat hendaknya.

Syukur pada Allah kerana telah dibukakan hati untuk bertaubat pada-Nya dan berkat kesungguhan, anda telah berjaya menghindari daripada terus-menerus melakukan perbuatan dosa besar yang dibenci Allah.

Saya tidak ingin menjelaskan panjang lebar tentang kisah dan pengajaran di sebalik isu anda ini kerana saya pasti ianya sudah anda baca daripada posting saya di blog tentang 'Terlanjur'.

Terdapat beberapa kemungkinan yang bakal berlaku jika anda berterus terang dengan suami antaranya seperti yang dikatakan oleh teman baik anda iaitu risiko perceraian. Memang terdapat hadith yang melarang kita daripada memberitahu orang lain perbuatan dosa kita yang telah ditutup oleh Allah (tidak diketahui manusia).

Cuma dalam situasi sekarang ini ia bersangkutan suami isteri yang seharusnya kehidupan bersama diasaskan atas dasar kasih sayang dan saling percaya dan bersikap jujur antara satu sama lain, malah membawa teman wanita ke rumah yang dilarang suami sahaja atau tanpa izin suami sahaja sudah dilarang Allah.

Untuk memahami senario ini dengan lebih mendalam ialah dengan meletakkan kita situasi ini iaitu suami berlaku curang dan sudah bertaubat dan kita tidak mengetahui langsung kecurangan suami kita selama ini. Mampukah kita memaafkan pasangan kita? Mampukah kita menerimanya seperti sediakala jika memilih untuk memaafkan pasangan?

Saya tidak akan menyatakan pilihan saya dalam hal ini, cuma sekadar ingin memberikan beberapa keadaan untuk difikirkan sebelum dibuat keputusan sama ada memberitahu suami atau tidak, antaranya:

1. Jika puan membuat keputusan untuk tidak memberitahu suami, adakah puan akan merasa tenang dengan hakikat puan pernah menduakan suami dan tidak timbul rasa bersalah ketika berdua-duaan di samping suami?

2. Jika puan dapat mengawal emosi dan dapat melupakan segala kesilapan lama, adakah puan pasti segala kesilapan lama ini tidak akan diketahui dan berita ini tidak akan sampai pada suami puan?

3. Jika suatu hari ianya diketahui suami, tidakkah ia bakal memberi kesan yang lebih buruk?

4. Andai kata pula, puan membuat keputusan memberitahu suami, sudahkah puan bersedia menerima segala keputusan suami (jika diceraikan) dan mengambil langkah-langkah memperbaiki keadaan rumahtangga (jika tidak diceraikan namun pastinya rumahtangga tidak seperti sebelum perkara tersebut diketahui) dan memulihkan hubungan suami isteri yang mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala?

Maaf, jika saya hanya makin menyulitkan keputusan yang ingin diambil oleh puan, namun hakikatnya puan perlu membuat keputusan sendiri sama ada untuk memberitahu suami atau tidak. Puan juga perlu menjawab soalan-soalan di atas bagi membantu puan membuat keputusan dengan lebih baik agar puan tidak hidup dibayangi rasa bersalah sepanjang masa atau timbul masaalah lain di kemudian hari.

Thursday, 12 July 2012

Berat Segelas Air......

 

Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

"Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?"
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
"Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya," kata Covey.
"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya," lanjut Covey..

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.

Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut."
"Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut."

Mahu Di Sayangi Suami!!!!

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila. Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita. Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit atau berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi. Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesyunyian dalam ruang dada si suami itu.

Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan. Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;

  1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?

  1. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

  1. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?

  1. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal.

Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja. Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami. Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri memerlukan suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri. Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga. Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di control oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri. Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami.

Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu ôyaö jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya. Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai ôhakö suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya: Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati. Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya. Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan. Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira.

Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya.

Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah? Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allh sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka. Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka...

Curang Terhadap Suami, Bagaimana Nak Hapuskan Dosa?

 

[i=s] Post Last Edit by momma at 17-3-2011 19:00 [/i]

[Assalamualaikum....1 of my close fren ada membuat pengakuan bahawa dia pernah curang dengan suami. dulunya masa baru2 kawin diorang berjauhan (long distance marriage 4 about 2 years if i'm not mistaken). d 1st year tu, ok lagi...walaupun berjauhan dia memang setia dengan suami walaupun dia d sabah, suaminya d semenanjung.tapi bila dah masuk 2nd year tu, dia terpikat pada boss jarak beza umur diorang ni dalam 23 years (not real big boss la...kira orang atasan dia sket lar).dia story kat aku, she's not intend to terpikat pada lelaki ni, tapi dah lelaki ni banyak tolong dia sebab her husband was not around & diorang slalu share masalah coz si lelaki ni ada problem dengan wife dia yang dikatakan malas dah nak melayan kehendak batiniah & dah tak berapa nak jaga mulut die. ntahla macamana diaorang boleh jadi very close & intimate sehingga pernah ke hotel & bergumpalan dalam selimut naked, tapi Tuhan masih sayangkan mereka...mereka tidaklah sampai berzina, cuma menghampirinya sahaja.itu kejadian yang telah beberapa tahun berlalu yang masih kemas dia simpan sebagai rahsia dari suaminya. tapi sebab now bila dah ada anak2 & dia pun sangat menyayangi suami & kehidupannya, dia terasa amat bersalah sangat. dia sangat menyesal & takutkan dosa yang telah dilakukannya tapi takut untuk berterus terang pada suami dia kerana takut hilang semua kebahagiaan yang dia ada sekarang. aku pun tak tahu nak bagi nasihat macamana sebab dari sudut agama, aku ni cetek jer ilmu...cuma aku cakap, tak payahla berterus terang sampai bila2. pada aku, jika
sampai sekarang ia masih lagi jadi rahsia daripada suami, bermakna Allah SWT masih menutup aibnya & biarla dia bertaubat dan berubah menjadi isteri yang paling baik untuk suaminya.yang lepas, biarkan la....yang penting masa depan yang nak dihadapi bersama anak2. betul ke nasihat aku ni?bagi aku....kalau dia berterus terang perkara ni akan jadi lebih dasyat lagi.aku pun tak tahu...aku kasihankan dia sebab dia betul2 menyesal dengan apa yang dah berlaku.
yang lebih arif hal agama, tolong bagi nasihat...
rayyanrafael posted at 2-12-2010 11:57
Dalam kes ni, tak pasti nak kata apa.
Kalau ikutkan, kesalahan dengan manusia, hanya manusia yang boleh memaafkan.
Orange_7491 posted at 2-12-2010 12:53
aduhai..naper boleh sampai dlm satu selimut?
Kalo suami dia tahu, mmg hancur leburlah hati. Silap2 kena cerai kang...

Tp kawan u tu betul ker x sampai berzina ngan lelaki tu? Kalo betul hanya menghampiri zina, rasanya lebih baik dia simpan rahsia tu selagi boleh. Lainla kalo dia dah berzina. Berat tuh...dan hukum dari segi syarak pun dah lain.

Takut kalo lama2 perkara ni akan terbongkar jugak. Kalo tak dari mulut wife tu sendiri, maybe dari mulut lelaki yg affair ngan dia tuh.
dani_shazwan posted at 2-12-2010 12:59
[color=Sienna]hmm dalam kes ini, mmg tak bolelah cakap kat suaminya, tahu tahu kene cerai kang... apa kata suruh kawan u solat taubat nasuha, minta ampun dari allah... allah tuh maha penyanyang dan maha pemurah kan... insya allah kalau hati dan niat dia ikhlas, allah akan jauhkan dari aib dia terbukak.. wallahuallam. kita berserah sahaja... tapi redha dengan keadaan sekeliling.....

gini lah masalah kebanyakkan ppuan, asal tolong sikit jek jatuh cinta, loving loveing... cuba ingat kalau dia dah ada suami yang sayangkan diri dia walaupon berjauhan.. mmg kata senang tapi nak buat tuh susah.... pendapat masing masing lah kan... kalau sayang dengan perkahwinan... jauhilah permainan syaitan ini.[/color]
naina posted at 2-12-2010 13:18
jgn buka aib sndri..suh die taubat nasuha..insyaAllah smpi hati tennang Tuhan ampunkan..
SiNoob posted at 2-12-2010 14:48
Kalau seseorang itu benar-benar bertaubat..Dia hanya berharap kepada keredhaan Allah swt..Dalam kes macam ini..Syarat untuk bertaubat ialah meminta maaf dari suaminya..Kerana dia telah berbuat salah kepada suaminya..Keampunan Allah swt bergantung kemaafan dari suaminya..

Lebih baik dia menghadapi seksa di dunia dari seksa di akhirat..Minta maaf kepada suami..Kalau suami dia ceraikan ke marah ke apa..Terima jer lah..Kerana yang penting adalah keampunan dari Allah swt..

Tapi kalau dia xbagitahu..Dia akan bawa dosanya itu kehadapan Allah nanti..Yang terang-terang akan dicampakkan ke dalam neraka..Tidak kiralah macam mana dia bertaubat..
Sagoo posted at 2-12-2010 15:03
xyah ler cari nahas...skang dah reti syg suami kan?...tutup mulot je laa jahhh oi..
nk berterus terang sgt patut awal2 lepas beromen tu bgtau suami..ni dah ade anak bagai baru nk bgtau suami ka? akai ada kaa? bodo punye olang...otak taruk kt lutut..


sekian,
abang rumah sebelah.
SiNoob posted at 2-12-2010 15:43
[quote]xyah ler cari nahas...skang dah reti syg suami kan?...tutup mulot je laa jahhh oi..
nk berterus ter ...
[size=2][color=#999999]Sagoo Post at 2-12-2010 15:03[/color] [url=http://mforum3.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41591569&ptid=516079][img]http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]

Itu hanya pandangan dari sisi saudara..Bagaimana pula di sisi tuhan??Atau pandangan di sisi saudara lebih penting dari sisi tuhan?
Sagoo posted at 2-12-2010 15:48
[quote]Itu hanya pandangan dari sisi saudara..Bagaimana pula di sisi tuhan??Atau pandangan di sisi saud ...
[size=2][color=#999999]SiNoob Post at 2-12-2010 15:43[/color] [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41593009&ptid=516079][img]http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]


    kan aku da ckp td...kalo dia nk berterus terang..ape jadah nk tunggu utk sekian lama? nk tunggu berkurun baru nk rase bersalah?
ape lepas dah beromen tu tak rase bersalah ke sedare?..... ape2 pun....lantak lu org laa nk buat ape....:D
dah susah baru nk ingt tuhan..time sedap2 lupe semua....


sekian hujah hamba yg daif ttg ilmu agama..:D
Search posted at 2-12-2010 15:54
mengaku la kat suami
SiNoob posted at 2-12-2010 15:57
[quote]kan aku da ckp td...kalo dia nk berterus terang..ape jadah nk tunggu utk sekian lama? nk tunggu berkurun baru nk rase bersalah?
ape lepas dah beromen tu tak rase bersalah ke sedare?..... ape2 pun....lantak lu org laa nk buat ape....[img]images/smilies/default/biggrin.gif[/img]
dah susah baru nk ingt tuhan..time sedap2 lupe semua....


sekian hujah hamba yg daif ttg ilmu agama..[img]images/smilies/default/biggrin.gif[/img]
[size=2][color=#999999]Sagoo Post at 2-12-2010 15:48[/color] [url=http://mforum3.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41593159&ptid=516079][img]http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]

Tuhan nak beri petunjuk pada sesiapa bila-bila sahaja..Bukan masa yang jadi persoalan..Alhamdulillah tuhan nak beri dia petunjuk sekarang..Dan dia nak bertaubat sekarang..Dari dia tidak bertaubat langsung??

iSaudara ingat saudara lebih mengingati tuhan dari orang yang mengingati tuhan dalam kesusahan??Ketahuilah Rasulullah pernah bersabda..Kalau Allah nak memberi darjat yang tinggi kepada seseorang..Tapi amalnya tidak mencukupi..Allah akan beri ujian pada keluarga dan hartanya..Macam yang terjadi pada saudara kita ini lah..Di saat dia dah bahagia dengan keluarganya..dia teringat akan dosa lamanya..Dan rasa bersalah kepada Allah..Sudah tentulah tahap ketakutan dia pada tuhan jauh melebihi ketakutkan kita pada tuhan pada waktu ini..Insya Allah darjatnya di sisi tuhan juga adalah jauh lebih tinggi dari kita..

Saudara ingat kalau dia mengikut cadangan saudara..Saudara tidak akan dipertanggungjawabkan di hadapan tuhan nanti??Ketahuilah tidak ada apa yang kita buat sia-sia di dunia ini..Semuanya di dalam perhatian dan di catit..Kita akan dipertanggungjawabkan untuk semua ini..
Sagoo posted at 2-12-2010 16:07
[quote]Tuhan nak beri petunjuk pada sesiapa bila-bila sahaja..Bukan masa yang jadi persoalan..Alhamduli ...
[size=2][color=#999999]SiNoob Post at 2-12-2010 15:57[/color] [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41593486&ptid=516079][img]http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]


    ye ler baik ler ostad..time kasih sebb mentarbiahkan aku petang2 nih...
dpt pahala tuh.....time kasih yer :'( :$ :$

ps: adehh aku x prasan aku masuk bod agama rupenyee
nokia169 posted at 2-12-2010 16:13
[b]Reply [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41585925&ptid=516079]1#[/url] [i]momma[/i] [/b]


    Diri anda ker kawan anda?
Da muskil plak nie...
siap terperinci plak penjelasan.....
kawan mana plak nak citer semua nie...?
SiNoob posted at 2-12-2010 16:16
[quote]ye ler baik ler ostad..time kasih sebb mentarbiahkan aku petang2 nih...
dpt pahala tuh... ...
[size=2][color=#999999]Sagoo Post at 2-12-2010 16:07[/color] [url=http://mforum3.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41593848&ptid=516079][img]http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]


Saya pun hanyalah insan yang jahil..Saya masuk sini pun sekadar untuk berkongsi pendapat dan menambah ilmu pengetahuan..Semoga Allah menambahkan ilmu pengetahuan pada kita dan memberikan kita taufik dan hidayahnya untuk menjadi golongan yang berjaya disisiNya..
Sagoo posted at 2-12-2010 16:18
[quote]Saya pun hanyalah insan yang jahil..Saya masuk sini pun sekadar untuk berkongsi pendapat dan m ...
[size=2][color=#999999]SiNoob Post at 2-12-2010 16:16[/color] [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41594210&ptid=516079][img]http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]


    aminnn :'( :$ :$
jofizo posted at 2-12-2010 16:52
minta maaf jer kat suami, dosa dgn allah bolehlah minta direct tapi dosa sesama manusia kena la minta maaf sesama manusia apatah lagi dgn suami, syurga seseorang isteri terletak di tapak kaki suami tau........
eniliana posted at 2-12-2010 16:53
saya rasa saya pernah baca di ruangan agama... g menjawabnya bukan calang2 ustaz juga..
ia bercanggah dengan apa yg ustaz kat sini cakap
jofizo posted at 2-12-2010 17:15
per yg anda baca....... x payah mintak maaf?
eniliana posted at 2-12-2010 17:25
[b]Reply [url=http://mforum2.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41595876&ptid=516079]18#[/url] [i]jofizo[/i] [/b]


    kejap ye..saya cuba google. dah lama sangat.
sy tak berani tulis apa2..sebab belum tulis pun dah pakat berbalah.. takmau mengeruhkan keadaan
eniliana posted at 2-12-2010 17:43
okay, honestly apa yg saya baca sebelum ini masih belum dapat saya cari..tapi saya ada jumpa sedikit tentang permasalahan yg hampir sama dengan jawapan yg boleh digunapakai dalam permasalahan ini juga.
ianya saya ambil dari blog koleksi/compilation soal jawab agama ini :
sila click: [url=http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/berasa-tertekan-kerana-isteri-clurang.html]curang[/url]

saya paste kan disini ye..


A'kum,
Seorang suami merasa tertekan, risau, sedih tanpa mengetahui apa sebabnya.[b]Si isteri pernah mempunyai hubungan sulit dengan seseorang tapi telah bertaubat. Suami tidak mengetahui mengenai perkara ini. [/b]Mungkin balasan akibat tindakan isteri jadi si suami merasa risau, tertekan. Si isteri banyak berdoa dan melakukan solat hajat, taubat selainkan mengamalkan surah surah melapangkan fikiran dan begitu juga si suami. Masalah ni bersangkutan dengan masalah isteri yang dikemukakan tempohari.Harap dapat membantu. Terima kasih.




Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Pertama-tama kalinya, saya ingin memohon ma'af dimana kemungkinan besar persoalan diatas tidak boleh terjawab dengan hanya memberikan hukum-hakamnya sahaja. Permasalahan ini merupakan persoalan psikologi dan kerohanian, malah ia memerlukan penyelesaian lebih dari persoalan Fiqh. Walaubagaimana pun, kami akan cuba menyentuh skop yang menyentuh tentang hukum bagi menjelaskan kedudukan perkara diatas. Seterusnya, teruskan usaha pemulihan dengan melakukan amalan-amalan yang dinyatakan diatas dan tidak lupa juga teruskan memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt.

[b]Masalah Isteri, dimana seorang isteri telah menjalinkan hubungan dengan suami orang, dan sebelum terlanjur telah berpatah balik ke pangkal jalan. Beliau dikatakan telah bertaubat nasuha, dengan sebenar-benar Taubat, dan [color=Red]apakah perlu dirahsiakan 'perbuatan' tersebut[/color]. Islam memandang apa sahaja dosa yang lepas yang telah diinsafi dan telah bertaubat kepada Allah, maka ia [color=Red]tidak perlu diceritakan/diungkit kembali.[/color] Kami telah mendatangkan dalil dan nas dimana perbuatan tersebut tidak perlulah di ceritakan kepada suaminya.[/b]

Lanjutan dari persoalan ini ialah dengan membawa andaian bahawa suami tidak tahu akan perhubungan tersebut tetapi berada didalam keadaan risau, tertekan dan sebagainya tanpa sebab. Tidak mungkin bagi seseorang lelaki yang normal boleh menjadi tertekan tanpa sebagai sebab! Pasti ada penyebabnya. Adakah ini disebabkan balasan Allah keatas perlakuan dosa isterinya?? [b]Agama Islam bukanlah berkonsepkan 'seorang boleh menebus dosa orang lain[/b]([i]so TT yg bertanya bab nak hapus dosa..hmm takde jalan mudah nak kontra dosa dengan perlakuan, korban dan sebagainya)[/i]' sebagaimana yang di akui oleh orang-orang Kristian, dimana Jesus mati disalibkan untuk membayar hukuman/substitusi atas dosa-dosa manusia. Firman Allah swt :

ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

"Katakanlah: (Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya." - (Surah al-An`am 6:164)

مَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا

"Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." - (Surah Al-Israa' 17:15)

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَإِنْ تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَى حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. - (Surah Al-Faatir 35:18)

[b]Kesemua firman Allah swt diatas menunjukkan dosa yang dibawa oleh seseorang itu dipertanggung jawabkan keatas pelakunya. Dosa seseorang itu tidak dibebankan keatas orang yang lain yang tidak tahu-menahu mengenai perbuatan sipelaku.[/b] Maka langkah yang seterusnya ialah, cuba selidiki akan apakah sebab-sebab rasa tertekan yang dihadapi oleh sisuami!


[i]jawapan bersambung adalah tentang rasa tertekan suami..boleh baca di link yg diberikan..[/i]

insyaAllah saya cari lagi maklumat dengan bertanyakan suami saya, (dia tak balik keje lagi).. banyak rujukan yg boleh saya dapat dari dia yg boleh dikongsi bersama insyaAllah
eniliana posted at 2-12-2010 18:15
haa..tapi janganlah putar belitkan jawapan di atas dengan caa hampeh..sperti..
mula berniat..
"hoye...!! boleh curang pastu taubat,takyah bgtau pasangan!!!" itu terencat punye IQ namanya..huhuhuhu
adorable10 posted at 2-12-2010 18:25
Pada aku Elok Berterus terang sahaja...Minta Ampun,Minta Maaf.Kalau rasa nak Hisap jari kaki Suami pun Lakukanlah...Kerana Anda Telah Melakukan Keaibban Di belakangnya...Nauzubillah...Dan selepas itu kalau dia hendak berpisah dengan kamu pun..Kamu redha ja..Tak perlu pura pura...Sanggup kah Hidup dalam keadaan macamtu,Kerana kesetian tu bukan nya alasan Suami dekat atau jauh...Bukan nya Selepas buat baru menyesal,Berdoa,Bertaubat,,Ok SETEL....hUH....Kalau camtu senang la...

[b]jadi very close & intimate sehingga pernah ke hotel & bergumpalan dalam selimut naked, [/b]

Pastikah tak Terjadi apa apa?Hmmmm.....Buat apa Naked,Gumpal bagai?Apa tujuan nya?Aku jadi keliru..Atau ada tak Di ceritakan dengan lebih terperinci...
Ingatlah Berterus terang itu lebih Baik........Apa nak jadi lepas ni Kita terima saja....Ibarat Kata..Berani Buat Berani Tanggung...
ussopp posted at 2-12-2010 18:33
[i=s] Post Last Edit by ussopp at 2-12-2010 18:37 [/i]

curang nie dosa besar.

dan selayaknya utk  org yg melakukannnya susah hati, atau menanggung tenshen akibat rasa bersalahnya.

adapun kesusahan yg mungkin timbul jika dia berterus terang, maka itu lah yg layak bg dia.

apa2 susah yg timbul , mmg layak. mungkin jugak boleh hapus dosa org tue.

dan apa-apa pun Tuhan TETAp MAHA PENGAMPUN.
momma posted at 3-12-2010 13:41
thanks 2 all yg memberi pendapat...nanti aku akan sampaikan kpd  sahabat tersebut. mula2 rasa nak bagi baca je thread ni kat dier, tp nanti dia marah aku lak stori mori kat sini.

kpd nokia 169, tak ade kejadahnye aku nak curang pastu kantoikan diri kt sini. laki aku pun hari2 online kat sini.

info yg eniliana pastekan rasanya sungguh berguna, thanx...
jofizo posted at 3-12-2010 16:10
[b]Reply [url=http://mforum2.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41596420&ptid=516079]20#[/url] [i]eniliana[/i] [/b]

tq, saudari sebab google, memang benar la dosa seseorang tuh kene tanggung sendiri mana boleh diletak atas org lain tapi org lain jugak boleh dpt sama dosa subahat kalau tak tegur. memang allah penerima taubat tapi nak taubat pun ada la syaratnya utk mendapatkan taubat nasuha iaitu:

1) berhenti membuat dosa tersebut
2) menyesal akan perbuatannya
3) ada kemahhuan utk meninggalkan dosa tersebut
4) kalau bersangkut pada hak orang yg lain maka harus dikembalikan pada yg berhak

yg ke-4 tu macam-mana allah nak terima taubat kalau dgn sesama manusia pun kita masih tersangkut? kalu begitu utk apa allah arahkan kita utk melaksanakan hukum hudud dan qisas? nak lepas hukuman kat akhirat, hukuman kat dunia kena la lepas dulu, ingat senang2 je nak masuk syurga allah.

buat member TT tuh bolehla pesan kat dia

1) taubat nasuha
Firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)

2) tidak membuka aib pada orang lain
Bahwasanya Nabi saw bersabda,”Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.” (HR. Bukhori dan Muslim)

3) beribadah dan beramal bersungguh-sungguh
Firman Allah swt,”Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Furqon : 68 – 70)

4) meminta maaf pada suami
Firman Allah swt,”Jadilah Engkau Pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.” (QS. Al A’raf : 199)

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim juga bahwa telah bercerita kepada kami Yunus dan telah bercerita kepada kami Sufyan—yaitu bin Uyainah—dari ibnuya berkata,”Ketika Allah menurunkan ayat ,”Jadilah Engkau Pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.”  Kepada nabi-Nya maka Rasulullah saw bersabda,’Apa ini wahai Jibril?’ dia menjawab,’Sesungguhnya Allah swt memerintahkan agar memaafkan orang yang menzhaliminya, memberikan kepada orang yang menahannya dan menghubungkan silaturahim terhadap orang yang memutuskanmu.”
hazel23 posted at 4-12-2010 00:19
terfikir juga, kalau si isteri cerita kat suami, kena pula suami tak redha dan ceraikan isteri...

marah punya pasal,  suami sampai mati pun tak maafkan bekas isteri yang curang semasa dalam perkahwinan.

so wanita tersebut, walaupun dah bertaubat nasuha, redha dgn penceraian, adakah dosanya diampunkan kerana bekas suami masih tidak memaafkannya.. tetiba musykil..

dan... bagi wanita tersebut... bagaimana dia nak tau Allah menerima taubat nasuhanya.
ussopp posted at 4-12-2010 00:33
[b]Reply [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41618108&ptid=516079]26#[/url] [i]hazel23[/i] [/b]

seperti yg dikata, curang itu taraf dosanya besar....

kalau ikut hukum Islam boleh kena hukum mati kalau berzina....hukum mati melambangkan betapa besarnya dosa tersebut.

maka, di negara yg tidk menagmalkan hukum islam mutlak mcm kita nie, sudah cukup beruntung kalau setakat hendak menanggung kesusahan akibat curang....

kesusahan nya boleh jadi mcm2....mungkin rasa bersalah....
mungkin rasa  susah jika berterus terang.....

dan bukan saja mengampun dosa, kita dpt lihat kesusahan yg timbul akibat curang memang layak utk org yg curang tersebut...
kita takpayah hairan banyak....

mmg layak lah apa yg ditanggung seandainya dia ingin bertaubat, sudah lah tak tahu diampun atau tidak, kesemua itu layak.....
itu kalau nak taubat, mmg menanggung kesusahan....

kalau tak nak taubat, buat pa susah2 hati pikir......hanya org yg ingin bertaubat saja yg akan susah....sesuai dgn sifat kafarah pengampunan yg memerlukan kesusahan....

kalau tak taubat, tak rasa sensitif ngan dosa, mmg enjoy...enjoy yg sementara la...:lol:

dan susah mcm mana pun, mereka mmg layak....

dan Tuhan TETAP MAHA PENGAMPUN. mungkin susah itu lambang pengampunan Tuhan, kita tak tahu...
hazel23 posted at 4-12-2010 00:45
Allah memang Maha Pengasih.. so tak kiralah apa jer kesalahan yg kita lakukan.. bila kita sedar, dan bertaubat, kira kesusahan yg datang selepas itu seperti membasuh dosa kitalah yer....

cuma dosa dgn orang - cth mengumpat org tersebut, atau mencuri hak, membunuh, derhaka pd ibubapa - dlm kes ni curang (samada suami curang pd isteri atau vice versa).. so kalau org tersebut tak maafkan (samada dia terlalu marah atau dia tak tahu kita buat dosa padanya).. adakah dosa kita akan diampunkan Allah - sedangkan org yg kita buat dosa tu tak maafkan kita?

p.s. kot2 besok kat akhirat, satu kaki dah dapat masuk syurga, satu kaki lagi tak lepas sebab tak dapat minta maaf kan si polan, si polan....he he jgn marah, gurau jer bab ni...
ussopp posted at 4-12-2010 00:57
[b]Reply [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41618339&ptid=516079]28#[/url] [i]hazel23[/i] [/b]

betul la tue.....huhu....
kakayau posted at 4-12-2010 12:22
there are things are better left to be unsaid..
momma posted at 5-12-2010 16:48
[quote]terfikir juga, kalau si isteri cerita kat suami, kena pula suami tak redha dan ceraikan isteri...

...
[size=2][color=#999999]hazel23 Post at 4-12-2010 00:19[/color] [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41618108&ptid=516079][img]http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]

CERAI...iyela, itu perkara yg paling ditakuti berlaku.yg dapat kesan nanti anak2....mujurlah ALLAH SWT sayangkan dia kerana tidaklah sampai terlanjur melakukan perkara yang dilaknati tu. ntahla...aku pun x reti bab2 agama ni. nak2 lg negara ni bukannya praktikkan hukum yg sepatutnya (hukum hudud). jadilah aku manusia yg cetek hukum ALLAH SWT...
moskau12 posted at 5-12-2010 22:43
Islam tu kejam sangat ke? sampai kena bagitau perkara2 yg leh mendatangkan musibah pada org tu. Ingatkan Islam ni ajar suruh simpan aib sendiri. Ni kalu sampai nak kena bagitau benda aib yg dah lama tu, pastu kena cerai, takpun kena lempang 2 3 das, takpun kena simbah asid, baru dosa diampunkan?
SiNoob posted at 6-12-2010 10:37
[quote]Islam tu kejam sangat ke? sampai kena bagitau perkara2 yg leh mendatangkan musibah pada org tu. Inga ...
[size=2][color=#999999]moskau12 Post at 5-12-2010 22:43[/color] [url=http://mforum3.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=41636850&ptid=516079][img]http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url][/size][/quote]

Di sisi tuhan ada yang lebih baik lagi..Semua itu kita akan dapat apabila kita dikembalikan kepadaNya..Kat dunia ini kita hanya perlu bertakwa..Yang lain-lain serahkan sahaja pada Allah...Kalau kita yakin dengan saat pertemuan dengan Allah lah..Kalau tak yakin..Cakap macam mana pun tak guna..:lol:

Page: [1]

Buat Seorang Isteri

Aduhai Isteriku..........
Kata pujangga perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya,
merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i ) Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan
secara rasional kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu
kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii ) Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii ) Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv ) Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam
nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

12 Perkara Untuk Buatkan Suami Anda Terkulai

Perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah masjid. Mempertahankan ikatan suami isteri supaya kekal bahagia bukan sekadar hubungan seksual sahaja. Kebahagiaan itu merangkumi banyak perkara. Bagi isteri yang baru berkahwin, di awal perkahwinan kekurangan diri dapat dimaafkan. Tetapi selepas beberapa tahun berkahwin kenalah cari formula bagaimana hendak menambat hati sang suami supaya tetap menyayangi anda.
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
Berani Berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.
Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.
Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan anda.
Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.
Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.
Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.
Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.
Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.
Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.
Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.
Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang

Isteri jangan sesekali curang

DALAM apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.
"Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,'' ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.
"Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.
"Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,'' ujarnya.
Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.
Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.
Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.
Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.
"Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,'' ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.
"Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian," jelasnya.
Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.
"Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .
"Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya.
Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.
"Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan," katanya.
Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.
"Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,'' ujarnya.